HALLU...LADY RANGGI HERE!

Friday, August 31, 2012

Dr Bahrom 'banyak main'- kata Sri Wani Choo Abdullah


Dr Bahrom 'banyak main'- kata Sri Wani Choo Abdullah. Tajuk harian Metro 'banyak main' memaparkan perkembangan terkini kes Sri Wani Choo Abdullah dan suaminya Dr Bahrom Sanugi. Lady rasa pelik juga apa kaitan tajuk tersebut, jum baca cerita lanjut.

DITOLAK...Bahrom (kiri) bersama peguamnya, Muhammad Hafiz Ab Rashid.

KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan keputusan ini. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong saya selama ini,” kata pengusaha butik kecantikan yang didakwa sebagai lelaki oleh suaminya, Sri Wani Choo Abdullah.
SRI WANI...bersyukur
Sri Wani yang kelihatan gembira tidak henti-henti mengucapkan rasa syukur dan terima kasih selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam mengetepikan permohonan dibuat suaminya termasuk permohonan untuk mengarahkan Sri Wani menjalani ujian DNA bagi mengesahkan jantinanya. 

Pada prosiding itu, Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan membatalkan keempat-empat permohonan dibuat suami Sri Wani yang juga bekas dekan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Bahrom Sanugi. 

0 comments:

Post a Comment