HALLU...LADY RANGGI HERE!

Thursday, December 27, 2012

3 GAMBAR Majlis Kahwin Siti Fazurina & Hykal

GAMBAR Majlis Kahwin Siti Fazurina & Hykal.  Siti Fazurina dan Hykal boleh dikatakan penuh dengan kontroversi. Namun begitu, sehingga ke hari ini, masih tiada sebarang gambar ketika majlis pernikahan mereka berlangsung. Terima kasih kepada The Photolicious, kini pembaca semua dapat melihat betapa berserinya mereka berdua di hari bahagia.

gambar nikah fazurina
Kepada Fazurina dan Hykal, selamat pengantin baru. Layari rumahtangga dengan penuh kesabaran. Lebih-lebih lagi dengan dugaan yang telah menimpa anda. Semoga berbahagia sehingga ke hujung hayat. Kredit gambar kepada Facebook The Photolicious

.gambar nikah fazurina

gambar nikah fazurina

(GAMBAR) Zul Ariffin Minat Wanita Berusia, Bercinta Dengan Gayatri Su-Lin

Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang “taste” Zul Ariffin selepas dia membuat pengakuan mencintai Gayatri Su-Lin Pillai yang lebih tua daripadanya. Mana taknya, sebelum ini Zul juga pernah mempunyai hubungan dengan Abby Abadi yang juga lebih tua berbanding dirinya.

zul ariffin
 Namun hari ini menerusi Berita Harian, Zul menafikan yang dirinya meminati wanita lebih tua. Menurut Zul, dia tertaarik dengan Gayatri kerana personalitinya, bukan usia.

Kata Zul:- Saya tahu ramai yang bertanya hal ini. Tapi sebenarnya, tidak benar saya meminati wanita lebih tua. Saya suka dengan Gaya disebabkan personaliti yang dimilikinya, bukannya melihat kepada umurnya. Boleh dikatakan kami sedang mengenal hati budi masing-masing. Kami baru menjalin hubungan. Mana tidaknya, baru tujuh bulan. Banyak lagi yang perlu kami lalui dan semua ini mengambil masa.

zul ariffin
 Nak buat macam mana kan Zul jatuh cinta dengan wanita lebih tua. Asalkan bahagia sudah lah. Lagipun wanita lebih berusia memang lebih matang dan cara berfikir lebih bagus.