HALLU...LADY RANGGI HERE!

Friday, August 31, 2012

Aidil Zafuan Dan Jue Aziz Bercinta, Rita Rudaini Jadi Mangsa


Aidil Zafuan Dan Jue Aziz Bercinta, Rita Rudaini Jadi Mangsa. Hai Lady nak bergosip arini. Memang dah trend artis wanita sekarang untuk memilih suami orang. Kalau sebelum ni Wati Elite memilih Joey yang sudah pun pernah berumah tangga, pastu Lisa Surihani dan bekas suami Erra Fazira iaitu Yusri, Fasha Sandha pula dengan jejai nya. Terbaru Jue Aziz pula dikatakan bercinta dengan Jue Aziz. Betulke? Kasihan kat Rita Rudaini dan anaknya kan. Lebih malang lagi Rita Rudaini dituduh menyebar gosip cinta suaminya dan Jue Aziz. 
Rita Rudaini yang tampil menerusi Harian Metro mencabar Jue Aziz untuk mengemukakan bukti bahawa dia ialah orang yang bertanggungjawab menyebarkan gosip percintaan Jue dan suaminya.
jue aziz rita
Cabaran ini dibuat selepas kenyataan Jue Aziz di bawah dikeluarkan menerusi Harian Metro baru-baru ini:-
Saya rasa Rita pun tahu yang suaminya ada berkenalan dengan perempuan lain, tetapi kenapa dia perlu kaitkan suaminya dengan saya pula? Adakah sebab saya dikenali ramai maka saya dijadikan mangsa dengan sesuka hati menuduh saya untuk meraih simpati masyarakat? Jika benar saya keluar dengan Aidil, tunjukkan bukti dan di mana. Jangan buat cerita yang kru produksi nampak kami keluar berdua kerana sepanjang masa saya sibuk dengan penggambaran di luar ibu kota
rita baru
Menurut Rita, kenyataan Jue Aziz di atas dengan jelas menuduh dirinya sebagai penyebar gosip mereka berdua. Oleh kerana itu, Rita mencabar Jue Aziz untuk mengemukakan bukti bahawa dia ialah penyebar gosip tersebut. Kata Rita:-
Saya cabar dia untuk kemukakan bukti apabila dia mendakwa saya menuduhnya mempunyai hubungan dengan suami saya. Jika dia tidak dapat membuktikan tuduhan itu, saya mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka.
jue
Untuk makluman, Rita sendiri mengetahui tentang gosip ini menerusi rakan media yang menghubungi untuk mendapatkan reaksinya berkaitan isu tersebut. Rita telah mengetahui tentang hal tersebut semenjak Mac lalu dan tidak pernah menyebarkannya. Kata Rita:-
Pertanyaan itu datang daripada seorang wartawan sebuah majalah sekitar Mac lalu dan sebaik mendengar hal berkenaan, saya terus bertanyakan kepada Aidil, tetapi dia kata langsung tidak mengenali Jue. Saya bertanya kepada Aidil bukan sebab saya cemburu atau tidak senang dengan hubungan mereka berdua seperti dimaklumkan wartawan berkenaan. Sebaliknya berkata kepada Aidil jika mahu mempunyai skandal sekalipun jangan sampai menyusahkan saya. Gosip mereka berdua membuatkan wartawan mencari saya untuk mendapatkan komen. Kalau saya jahat sangat sampai ingin menyebarkan hal ini, dari Mac lalu hal ini sudah sampai ke pengetahuan umum. Tetapi kerana saya sudah tidak mahu ambil tahu apa yang Aidil ingin lakukan, saya biarkan saja gosip itu masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.

Lady: sabar aje lah rita pasti ada hikmah disebaliknya

Wanita Ini Jadi Mangsa Pembedahan Silikon (14 Gambar)


Wanita Ini Mangsa Pembedahan Silikon. Semua wanita pasti mengidamkan kecantikan bukan? Di barat pembedahan plastik sudah dianggap perkara biasa bagi mereka. Laura Summers yang berusia 27 tahun dan kini merupakan seorang model di Britain. 

Strerotaip gadis barat, bila diejek saja terus nak ubah sana sini. Dulu semasa di bangku sekolah, ramai orang membuli Laura kerana rupanya seperti lelaki. Jadi dia telah tekad untuk mengubah rupanya sejak dari usia 20 tahun dari rupanya sehingga payudara dan juga tubuhnya. Setakt ini dia telah membuat 18 pembedahan plastik dan kesemuanya mencecah nilai RM280,000. 

Betul juga bila lady tengok gambar bawah ni memang ade rupa jantan sikit. Jum tengok pula gambar Laura selepas pembedahan.

Di Bangku Sekolah


Selepas Pembedahan

OMG!
dah macam Tyra Banks pun ada

@: better la kot dari yang sebelum

OMG! Wanita Mental Selamba Beranak Tepi Jalan! (6 Gambar)

OMG! Wanita Mental Selamba Beranak Tepi Jalan! (6 Gambar). Artikel ni maybe dah lama tapi lady nak share juga kat sini. Wanita sakit mental ni selamba beranak tepi jalan. Agak-agak siapalah ayah kepada bayi wanita mental ni ye, ape punya jantan wanita mental pun dia balun..ish ish




Seorang ibu yang tidak mempunyai rumah telah melahirkan anak lelakinya di lorong gelap sebuah pasar raya di daerah Baiyun, bandar Guangzhou, China. Dengan hanya berbekalkan gunting yang dibawa ke mana sahaja, wanita malang itu telah menggunting tali pusat bayinya itu dan urinya telah dicampakkan ke dalam tong sampah.

Selepas itu, si ibu dilihat berjalan sejauh enam kilometer di sebatang jalan sambil mengendong bayi lelakinya itu. Lebih malang lagi, bayi berkenaan tidak dibalut atau diselimutkan dengan sebarang kain. Orang ramai yang melihat situasi wanita itu cuba untuk menghulurkan bantuan dengan membawa wanita dan bayinya ke hospital yang berdekatan, tetapi wanita itu langsung tidak memperdulikan pelawaan tersebut. Tetapi, atas desakan orang ramai, wanita itu dibawa juga ke sebuah hospital untuk diberikan rawatan lanjut. Namun, wanita itu bertindak keluar dari hospital tersebut selepas kira-kira lima jam berada di sana.

 Dia kemudiannya sekali lagi dilihat merayap di sekitar jalan di bandar itu. Malah dia sempat meletakkan bayinya di atas jalan tanpa sebarang alas sewaktu hendak meminum air di dalam lopak berhampiran. Polis dipanggil tidak lama selepas itu bagi membolehkan keadaan wanita dan bayi lelakinya diberikan rawatan sekali lagi di hospital. Pihak hospital memaklumkan yang wanita tersebut mengalami masalah tekanan jiwa dan mental yang teruk. Difahamkan wanita tersebut sudah merayap di sekitar bandar Guangzhou sejak beberapa bulan lalu dan hanya memakan sisa-sisa makanan yang dibuang.

Dr Bahrom 'banyak main'- kata Sri Wani Choo Abdullah


Dr Bahrom 'banyak main'- kata Sri Wani Choo Abdullah. Tajuk harian Metro 'banyak main' memaparkan perkembangan terkini kes Sri Wani Choo Abdullah dan suaminya Dr Bahrom Sanugi. Lady rasa pelik juga apa kaitan tajuk tersebut, jum baca cerita lanjut.

DITOLAK...Bahrom (kiri) bersama peguamnya, Muhammad Hafiz Ab Rashid.

KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan keputusan ini. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong saya selama ini,” kata pengusaha butik kecantikan yang didakwa sebagai lelaki oleh suaminya, Sri Wani Choo Abdullah.
SRI WANI...bersyukur
Sri Wani yang kelihatan gembira tidak henti-henti mengucapkan rasa syukur dan terima kasih selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam mengetepikan permohonan dibuat suaminya termasuk permohonan untuk mengarahkan Sri Wani menjalani ujian DNA bagi mengesahkan jantinanya. 

Pada prosiding itu, Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan membatalkan keempat-empat permohonan dibuat suami Sri Wani yang juga bekas dekan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Bahrom Sanugi. 

Khalwat Merdeka- 19 Pasangan Dicekup Di Hotel Bajet

Khalwat Merdeka- 19 Pasangan Dicekup Di Hotel Bajet. Woh! terkejut lady 19 pasangan dicekup khalwat pada malam Hari Merdeka. Ingatkan 'aktiviti khalwat' ni pada malam sambutan tahun baru saja, rupanya merdeka pun nak sambut juga ye
JAIP Nabs 38 Muslims


KUANTAN: Menyorok bawah katil, mendaftar diri dengan nama palsu dan mengaku sebagai pasangan yang sudah berkahwin, itu antara taktik yang digunakan sebahagian 19 pasangan beragama Islam yang dicekup Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam operasi cegah maksiat pada malam sambutan Hari Kemerdekaan awal pagi tadi.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIP Mohd Raffli Abd Malik berkata pasangan berkenaan yang dicekup di hotel-hotel bajet sekitar bandar ini kerana berkhalwat kini ditahan JAIP untuk siasatan lanjut dan dibenar diikat jamin sebelum dibebaskan. 
"Seramai 38 orang, iaitu 19 lelaki dan 19 wanita berumur dalam lingkungan 19 hingga 40 tahun berjaya kita tahan dalam operasi cegah maksiat JAIP yang bermula dari 10 malam hingga 6 pagi tadi," katanya kepada pemberita selepas operasi berakhir kira-kira 6.30 pagi tadi.

Pasangan itu bakal didakwa mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.



Beliau turut menasihatkan pasangan berkenaan yang kebanyakannya muda-mudi agar menyambut kemerdekaan dengan cara yang sewajarnya, bukan mengambil peluang dengan melakukan perbuatan yang bercanggah dengan Islam. - Bernama

Bas Percuma KL- Senarai Laluan Go-KL City Bus

Bas Percuma KL- Senarai Laluan Go-KL City Bus. Wah lepas ni merasa lah lady naik bas percuma ye. Selalu naik bas Rapid KL atau Metro Bus kena cas RM1 sebab malas sangat nak berjalan kaki dari Kampung Baru ke Chowkit. Di bawah adalah senarai laluan untuk bas percuma KL, Go-KL City Bus

Perkhidmatan bas percuma yang dikendalikan oleh Go-KL City Bus itu merupakan langkah terbaharu kerajaan bagi mempromosi pengangkutan awam dalam kalangan orang ramai selain bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pusat Perniagaan Daerah (CBD) di ibu negara.

Go-KL City Bus mempunyai 15 buah bas berwarna ungu melibatkan jarak perjalanan sepanjang 14 kilometer dan 25 hentian bas dalam kawasan CBD. Bas ini mudah dikenali kerana ada logo Go-KL City Bus serta tulisan percuma pada bas berkenaan. Bas yang beroperasi bermula pukul 6 pagi hingga 11 malam setiap hari ini dilengkapi kemudahan WiFi, sistem penentuan kedudukan global, sistem kamera litar tertutup dan mesra golongan orang kelainan upaya

 Laluan pertama Go-KL City Bus Hentian bas di Suria KLCC, Angkasaraya, Pusat Penerangan Pelancongan (Matic), Hotel Concorde, Wisma Hup Seng, The Weld, Wisma Lom Foo Yong, Pavilion, Ain Arabia, Monorel Raja Chulan, Wisma Rohas Perkasa, Citibank dan Wisma Athlan.

 Laluan kedua Hentian bas di Pasar Seni, Bangkok Bank, Muzium Telekom, Menara Olimpia, Menara KL, The Weld, Wisma Lim Foo Yong, Pavilion, Ain Arabia, Wisma Boustead, Wisma HLA, Simpang Bukit Ceylon, Muzium Telekom dan Kota Raya. Go-KL City Bus akan diwujudkan di ibu negara pada tahun ini sebelum ia dilaksanakan di bandar besar lain seperti Johor Bahru dan Pulau Pinang bergantung kepada prestasi perkhidmatan itu di Kuala Lumpur.

40 Gambar Perkahwinan Ustaz Don Daniyal Dan Husna

40 Gambar Perkahwinan Ustaz Don Daniyal Dan Husna. Khas untuk tatapan peminat Ustaz Don Daniyal, lady berkongsi 40 gambar kahwin Ustaz Don Daniyal dan isterinya Husna. Ustaz Don telah berkahwin pada 25 Ogos 2012 Di Pulau Pinang. Perkahwinan Ustaz Don Dan Husna yang berlangsung secara sederhana tanpa kehadiran media tetap berlangsung dengan meriah.

gambar kahwin ustaz don

Majlis kahwin Ustaz Don Daniyal hanya dihadiri sanak saudara dan kenalan rapat. Nampaknya Ustaz Don turut mengikut kehendak islam dalam soal perkahwinan iaitu secara sederhana. Semoga perkahwinan Ustaz Don Daniyal bahagia hendaknya ye...Amin

Jum layan 40 Gambar Perkahwinan Ustaz Don Daniyal Dan Husna. Kredit gambar Nadia Zahari Photography.
gambar kahwin ustaz don
gambar kahwin ustaz don
gambar kahwin ustaz don
gambar kahwin ustaz don
gambar kahwin ustaz don
gambar kahwin ustaz don
gambar kahwin ustaz don
gambar kahwin ustaz don
gambar kahwin ustaz don
gambar kahwin ustaz don
Gambar kahwin Ustaz Don Daniyal

gambar kahwin ustaz don
gambar kahwin ustaz don
gambar kahwin ustaz don
gambar kahwin ustaz don
gambar kahwin ustaz don
gambar kahwin ustaz don
gambar kahwin ustaz don
gambar kahwin ustaz don
gambar kahwin ustaz don
gambar kahwin ustaz don
gambar kahwin ustaz don
gambar kahwin ustaz don
gambar kahwin ustaz don



gambar kahwin ustaz don



Lagi gambar  Kahwin Ustaz Don Daniyal-Husna (Majlis Resepsi Pulau Pinang)


Gambar kahwin ustaz Don Daniyal, gambar resepsi ustaz don husna, ustaz don kahwin, resepsi ustaz don




Majlis perkahwinan Ustaz Don Daniyal
husna ustaz don

husna ustaz don
Ustaz Don Daniyal dan isterinya kelihatan sungguh bahagia

husna ustaz don

husna ustaz don

husna ustaz don

husna ustaz don

husna ustaz don

husna ustaz don
gambar kahwin ustaz don dan husna, gambar persandingan hantaran ustaz don