HALLU...LADY RANGGI HERE!

Sunday, June 23, 2013

Farah Hilang Kerja, Shah Jazle Putus Cinta. 'Semua Itu Karma' katanya


Farah Hilang Kerja, Shah Jazle Putus Cinta. 'Semua Itu Karma' katanya. Memang sedih apa yang terjadi terhadap Farah, gadis yang ditangkap khalwat bersama Shah Jaszle. Dia telah diarahkan meletak jawatan dalam tempoh 24 jam selepas Shah Jaszle datang menyerang di tempat kerjanya baru-baru ini.
shah jasze
Farah merupakan seorang pekerja di sebuah bank di Bangsar. Gara-gara serangan daripada Shah Jaszle itu, pihak pengurusan mengarahkan Farah untuk meletakkan jawatan dalam tempoh masa 24 jam. Kata Farah:-
Jika dia memberitahu media saya adalah kru produksi, bagaimana beliau tahu tempat saya bekerja! Shahz ditemani tunangnya, Puteri “menyerang” saya di bank tempat saya bertugas Rabu lalu tanpa pengetahuan saya dan kebenaran dari pihak majikan. Dia buat kecoh dan menjerit-jerit memarahi saya.
Bukan setakat itusaja, Shahz turut bekerjasama dengan kru program hiburan, Galaksi merakamkan kekecohan yang berlaku di premis bank itu. Pihak pengurusan kesal dengan kejadian tempoh hari dan mengarahkan saya untuk meletakkan jawatan dalam tempoh 24 jam kerana isu saya dikhuatiri memberi imej negatif kepada syarikat
shah jaszle
Tambah Farah lagi:-
Sekarang saya tak ada kerja tetap, puaslah hati Shahz kan? Gara-gara serangan tempoh hari, saya telah hilang punca pendapatan. Terima kasih Shahz! Dia pula putus tunang, semua itu karma. Bagaimanapun saya mengakui kesilapan kerana menjalin hubungan dengannya dan meminta maaf pada keluarga Puteri, keluarga Shahz dan keluarga saya sendiri. Sebaliknya Shahz selepas kejadian khalwat itu, dia langsung tak minta maaf, jauh sekali bertanggungjawab.