Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang “taste” Zul Ariffin selepas dia membuat pengakuan mencintai Gayatri Su-Lin Pillai yang lebih tua daripadanya. Mana taknya, sebelum ini Zul juga pernah mempunyai hubungan dengan Abby Abadi yang juga lebih tua berbanding dirinya.
Kata Zul:- Saya tahu ramai yang bertanya hal ini. Tapi sebenarnya, tidak benar saya meminati wanita lebih tua. Saya suka dengan Gaya disebabkan personaliti yang dimilikinya, bukannya melihat kepada umurnya. Boleh dikatakan kami sedang mengenal hati budi masing-masing. Kami baru menjalin hubungan. Mana tidaknya, baru tujuh bulan. Banyak lagi yang perlu kami lalui dan semua ini mengambil masa.
0 comments:
Post a Comment