HALLU...LADY RANGGI HERE!

Monday, September 3, 2012

GAMBAR Eira Syazira Hamil 5 Bulan, Terserlah Seri Ibu

GAMBAR Eira Syazira Hamil 5 Bulan, Terserlah Seri Ibu. Eira Syazira yang kini mengandung kelihatan sungguh ceria dan berseri, Lady agak anak perempuan yang dikandungkan Eira Syazira sebab wajah Eira Syazira kelihatan sungguh ceria dan berceria. Speku je lebih Lady ni..hikhik... 
 Eira Syazira atau sebenar Syazira Shuhaimi, 28, berkata, dia dia lebih suka meranjinkan diri dan tak nak memanjakan diri sangat ketika mengandung. “Saya berlakon dan melakukan kerja-kerja rumah macam biasa sebelum ini. Saya sengaja tidak memanjakan diri supaya badan saya kelihatan cerdas walaupun sedang mengandung. “Alhamdulillah, setakat ini saya melaksanakan tugas saya seperti biasa walaupun terdapat sedikit masalah terhadap kandungan saya kerana saya terlalu aktif berlakon. Bagaimanapun masalah itu tidaklah begitu serius,” katanya 

Tambahnya lagi,
 “Saya masih aktif berlakon sehingga kini. Rasa sayang pula hendak tolak kerana satu demi satu tawaran masuk sehinggalah Ramadan lalu. “Bayangkan, sepanjang mengandung saya sempat siapkan tujuh telefilem. Mungkin selepas tamat penggambaran telefilem dengan TV AlHijrah di samping Aqasha dan suami, baru saya berehat panjang,” katanya. Eira dan suaminya, Azad Jazmin. 

Mengenai pengalamannya hamil buat pertama kali, penyanyi lagu Prasasti Cinta ini berkata, dia tidak lagi mengalami sebarang alahan yang teruk pada fasa ini. “Ketika awal kandungan dulu, saya memang lemah, mual dan tidak larat tetapi sejak kebelakangan ini terutamanya sepanjang Ramadan lalu, saya menjadi lebih kuat, bertenaga dan tiada alahan teruk. “Namun, Azad pula yang kerap mual dan pening. Malah, suami juga semakin nakal dan suka bergurau tanpa kira tempat dan waktu,” katanya yang dijangka bersalin pada Januari tahun depan.

“Saya berehat seketika daripada projek nyanyian kerana wakil syarikat rakaman FMG itu senyap dan menghilang begitu sahaja. Promosi lagu Prasasti Cinta ciptaan Manusia Putih itu pun tertunda kerana saya sudah hamil. “Insya-Allah, selepas bersalin pada awal tahun depan, saya dan suami merancang untuk merakam lagu duet kami berjudul Sajak Dari Hati,” katanya.

0 comments:

Post a Comment