HALLU...LADY RANGGI HERE!

Thursday, September 27, 2012

GAMBAR Kahwin Anak Sultan Brunei, Kos Lebih RM 60 Juta


GAMBAR Kahwin Anak Sultan Brunei, Kos Lebih RM 60 Juta

Jumaat lalu, negeri Brunei Darussalam meraikan satu upacara perkahwinan yang gilang-gemilang di mana Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan isterinya, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha meraikan kehadiran menantu baru dalam keluarga diraja itu.

Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, 32, dan pasangannya, Pengiran Haji Muhammad Ruzaini Mohd Yakub, 29, selamat diijab kabul dengan sekali lafaz selepas solat Zohor di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan, semalam.

Majlis persandingan yang dijadualkan berlangsung hari ini di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan dihadiri hampir 2,000 tetamu termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta delegasi antarabangsa.

Di sebalik sambutan perkahwinan yang gemilang dan meriah itu, perkahwinan diraja itu dicatatkan sebagai perkahwinan yang paling mahal setakat ini. Menurut laman Yahoo! News Malaysia, perancang perkahwinan kerabat diraja Brunei, Maya Kalman, pengasas Swank Productions di New York mengesahkan yang jumlah perbelanjaan mencecah USD 20 juta, bersamaan dengan RM60 juta.

Berbeza sewaktu sambutan majlis perkahwinan abang sulung Puteri Hafizah Sururul Bolkiah pada tahun 2004, sebanyak USD 5 juta sahaja dibelanjakan.

“Purata untuk perkahwinan mewah seperti ini menelan belanja sebanyak USD 1 ribu bagi setiap tetamu. Jadi, anggaran saya jumlah perbelanjaan perkahwinan ini sebanyak USD 15 hingga USD 20 juta,” kata Kalman.

Malah, Kalman menambah, jumlah itu hanyalah untuk sambutan majlis persandingan kedua-dua pengantin pada hari ini sahaja.

Ia masih lagi tidak ditambah dengan kos tambahan lain untuk sambutan perkahwinan yang berlangsung selama seminggu ini.











Sunday, September 16, 2012

18 GAMBAR Putera William Dan Kate Middleton Di Malaysia


GAMBAR Putera William dan Kate Di Malaysia.  Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan isterinya, Catherine Middletone kini berada di Malaysia. Kehadiran mereka di Taman KLCC, Kuala Lumpur pada pagi Jumaat menarik 3,000 peminat untuk bertemu pasangan diraja Britain itu.  



Kate Middleton bergambar bersama Isteri Yang Dipertan Agong, isteri Perdana Menteri dan isteri Timbalan Perdana Menteri 



GAMBAR Putera William dan Kate Di KLCC

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah bergambar bersama Putera William (tiga dari kiri) dan Kate Middleton (tiga dari kanan) pada majlis santapan diraja di Istana Negara Kuala Lumpur semalam. Turut hadir, Najib dan Rosmah serta Muhyiddin (kiri) dan isteri, Noorainee (kanan).

 gambar putera william dan kate di malaysia
Duke dan Duchess of Cambridge juga menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah serta menghadiri majlis santapan diraja di Istana Negara pada sebelah malam




gambar Putera William dan Kate Di Malaysia


Yang dipertuan Agong mengiringi Putera William dan Kate Middleton untuk beramah mesra dengan penari kebudayaan selepas majlis santapan diraja di Istana Negara


Putera William (kanan) dan Catherine melihat plak sempena lawatan ke Pertubuhan Amal Hospis Malaysia, hari ini. Pasangan Diraja tersebut mengadakan lawatan bersempena Jubli Intan Ratu Elizabeth II. 






GAMBAR Putera William Melawat Masjid, Kate Middleton Berselendang

GAMBAR Putera William Melawat Masjid, Kate Middleton Berselendang. Kehadiran Putera William dan Kate Middleton disambut dengan meriah. Dalam kunjungan itu, pasangan diraja ini sempat melawat masjid yang terletak di Kuala Lumpur. Kate Middleton dilihat memakai selendang menutup kepalanya dan dress pendek berwarna putih.


Full screen preview

Full screen preview

Duchess of Cambridge, Catherine membuka kasutnya sebelum memasuki Masjid Asy-Syakirin. 


Media Britain Sifatkan Imej Bertudung Kate Di M’sia Imbas Memori Diana..
Putera William dan Kate mencatat sejarah apabila mereka berdua melawat ke Masjid Assyakirin, Kuala Lumpur yang boleh memuatkan jemaah Islam seramai 12,000 orang.

Full screen preview
GAMBAR Putera William dan Kate Middleton melawat masjid. Kate Middleton memakai selendang

Jodoh Tepi Katil (Gambar)

BERSATU... Sulaiman dan Salmah bernikah selepas berkenalan lima bulan.

KUALA LUMPUR: Berbaring di katil bersebelahan ketika menjalani terapi kesihatan di Pusat Ceragem Setapak berjaya menemukan jodoh sepasang duda berusia 75 tahun dengan janda 48 tahun. Mereka kemudian diraikan pada majlis perkahwinan di pusat itu di sini, semalam. Sulaiman Sihab dan Salmah Ismail dinikahkan di Surau At-Takwa, di sini, dengan mas kahwin RM80 pada majlis dihadiri lebih 400 tetamu membabitkan anggota keluarga dan teman rapat di pusat terapi itu.

 Bapa kepada dua cahaya mata itu mengakui tidak terlintas akan bertemu jodoh selepas pemergian isterinya setahun lalu, tambahan pula kesihatannya tidak mengizinkannya apabila disahkan menghidapi penyakit darah tinggi dan diabetes. “Saya mengunjungi pusat terapi ini untuk mengubati penyakit, tapi tak sangka sekali lagi menemui jodoh yang sesuai di mata dan di hati, biarpun hanya berkenalan lima bulan. “Usikan teman mengatakan kami sepadan membuahkan hasil apabila kami mula bertegur sapa dan berbual.

Saya mengambil langkah berani menyatakan hasrat ingin melamarnya sebagai isteri. “Selain dia (Salmah) memiliki wajah cantik, saya terpesona dengan pertuturan lemah lembut. “Insya-Allah, andai dimurahkan rezeki, saya ingin membawa Salmah mengerjakan umrah dalam tempoh terdekat, sekali gus menjadi destinasi bulan madu kami,” katanya ketika ditemui.

 Sementara itu, Salmah yang bernikah untuk kali ketiga berkata, pertemuan mereka tidak diatur, sebaliknya terserempak selepas menjalani terapi, namun jodoh mereka kuat hingga bergelar suami isteri. “Selepas berjumpa beberapa kali dan selesa berbual, saya mendapati dia sesuai, apatah lagi mempunyai pengetahuan agama luas dan mampu membimbing saya,” katanya yang memakai persalinan berwarna hijau.

Saturday, September 8, 2012

Azza Elite Keguguran, Hamil 6 Minggu

Azza Elite Keguguran, Hamil 6 Minggu. Belum rezeki la tu, sabar aje lah ye Azza.Hamil 6 Minggu, Azza Elite Keguguran Nor Azzarima Zawari atau Azza kumpulan Elite khabarnya telah pun keguguran selepas hamil 6 minggu. Buat masa ini Azza tidak mahu diganggu kerana masih berduka dengan insiden tersebut.

Anggap sajalah ini bukan rezeki. Semua ini pasti ada hikmahnya. Yang penting, Azza tidak boleh berputus asa dan sentiasalah berdoa pada Allah Swt supaya dikurniakan lagi rezeki daripadaNYA.

Aaron Aziz Jadi Doktor Cinta Di Radio ERA fm

Aaron Aziz Jadi Doktor Cinta Di Radio ERA fm. Wah kemain Aaron Aziz sekarang dah jadi Doktor cinta. curlasssss gittew.
Aaron Aziz Bakal Bergelar Penyampai Era FM

Aaron Aziz dilaporkan bakal mengembangkan lagi bakat seninya dengan menjadi penyampai radio Era FM. Berita gembira ini telah disahkan sendiri oleh pengurus saluran Era FM, Nazri Noran, pagi tadi.

 "Mulai Jumaat depan iaitu 14 September 2012, Aaron bakal mengendalikan segmen Doktor Cinta ditemani seorang lagi penyampai radio iaitu Shac. Segmen selama dua jam ini akan disiarkan bermula jam 9 malam hingga 11 malam. "Menerusi segmen ini, Aaron akan menjawab panggilan daripada peminat yang menghadapi masalah serius dalam bercinta. Segmen ini juga menggantikan segmen Dr Love," katanya kepada murai.com.my.

Berikut adalah program yang bakal dianjurkan Era FM tidak lama lagi.

 1. Melancarkan lagu tema Era Piala Malaysia yang menggandingkan Zahid, Carleed Kaza dan Altimet.

 2. Menganjurkan festival besar-besaran pada penutup Piala Malaysia 2012.

 3. Menjadi radio rasmi untuk Anugerah Blockbuster

 4. Mewujudkan semula Anugerah Era hasil kerjasama dengan Astro

 5. Sesi jelajah bersama Warner Music 6. Radio rasmi konsert JLO

 7. Radio rasmi Konsert Noah.

'Kau rasakan apa yang aku rasa dulu' perli Rita Rudaini kepada Ayu Raudhah

'Kau rasakan apa yang aku rasa dulu' perli Rita Rudaini kepada Ayu Raudhah. Tak tahulah Lady bila krisis keluarga ni akan tamat. Terbaru Rita Rudaini memerli Ayu raudhah di Twitternya. Beberapa hari lalu, Ayu Raudhah tampil dalam Utusan Malaysia bercerita tentang pengalaman keguguran kandungan yang dialami sekitar Oktober 2011 yang lalu.

 Ayu Raudhah berkata mungkin kerana beliau bekerja terlalu keras & sebab itulah keguguran itu berlaku kini beliau ingin berehat untuk berusaha menghasilkan zuriat. Lain ceritanya dengan Rita Rudaini yang meluahkan perasaan beliau terhadap apa yang berlaku ke atas Ayu Raudhah dan menganggap semua itu sebagai balasan Tuhan.

 “Baru rasakan bagaimana perasaan terganggu ketika pregnant. Macam itu’lah rasa masa pregnant apa yang kau buat dahulu. Allah Itu Maha Adil,” tulis Rita Rudaini kelmarin. Tulisan Rita Rudaini itu sebenarnya di’sambut oleh suami Ayu Raudhah, Zaquan Adha juga melalui Twitter dengan mengatakan pelakon itu kini sudah mula meroyan.
Twitter: Rita Rudaini Komen Isu Kehamilan Ayu Raudhah, Hukum Karma?
zaquan rita meroyan
zaquan rita meroyan
Walaupun dicop meroyan oleh Zaquan di dalam Twitter, Rita Rudaini membalas dengan menyatakan Zaquan yang sebenarnya meroyan. Makin mendalam konflik keluarga ini sebenarnya.
zaquan rita meroyan

Ning Baizura Dan Mizz Nina Meriahkan Pesta Arak GUINESS!

Ning Baizura Dan Mizz Nina Meriahkan Perayaan Arak GUINESS!. Agak-agak lah artis malaysia ni, kalau nak ambik job tu selidik lah dulu sumbernya halal ke haram. jangan main sapu aje! poster di bawah menunjukkan Ning Baizura dan Mizz Nina bakal membuat persembahan sempena perayaan sambutan syarikat arak Guiness ini.
mizz nina ning
Sedikit wikipedia untuk anda yang tidak tahu mengenai sambutan Arthur’s Day:-
Arthur’s Day refers to a series of music events which were first organised in 2009 to celebrate the 250th anniversary of the Guinness brewing company by its owner Diageo plc, using Freud Communications as public relations co-ordinators

Lantak korang ler....

Friday, September 7, 2012

5 Petua Wajah Berseri Menurut Cara Islam

5 Petua Wajah Berseri Menurut Cara Islam . Hye uolls arini lady nak berkongsi 5 Petua Wajah Berseri Menurut Cara Islam. Petua ni sangat mudah diamalkan dan insyallah berkesan apabila diamalkan selalu. Apa lagi jum cuba sekarang :)

 5 Petua Wajah Berseri Menurut Cara Islam

4 GAMBAR Terkini Erra Fazira Dan Anaknya Engku Aleesya

GAMBAR Terkini Erra Fazira Dan Anaknya Engku Aleesya. Gambar ibu gorgeous Erra Fazira bersama anak perempuan tunggalnya, Engku Aleesya. Lady suka tengok anak Erra Fazira ni cute bangat rasa nak cubit-cubit aje pipi Aleesya.


Foto
 Anak Erra Fazira Engku Aleesya beraksi comel

 Lagi GAMBAR Terkini Anak Erra Fazira, Engku Aleesya


Foto
Engku Aleesya mengenakan baju gown putih. 

Foto
Mak Aleesya tak kurang juga gorgeousnya, mantain cantik

pix_middle

Gambar Wajah Laksamana Hang Tuah Sebenar, Ditemui Di Alam Ghaib

Gambar Wajah Laksamana Hang Tuah Sebenar. Ini adalah gambar rupa atau wajah Laksamana Hang Tuah Sebenar. Sebelum ni, tiada seorang pun yang tahu bagaimana rupa wajah Hang Tuah dan hanya mendengar kehebatan pahlawan ini melalui sejarah.
Gambar ini milik peribadi Ahli Bersekutu Pesawad, Datuk Dr Ibrahim Ghaffar yang bersetuju untuk mendedahkan dan berkongsi wajah Hang Tuah kepada orang ramai selepas Pesawad mengemukakan permohonan pada Jun lalu.

 Sementara itu, Dr Ibrahim berkata, potret lukisan Hang Tuah itu terhasil pada 1989 selepas beberapa kali bertemu dengan pahlawan itu di alam ghaib bermula pada 1988. “Selepas beberapa kali bertemu dan wajah sama tampil, saya tidak ragu-ragu lagi bahawa memang dialah Hang Tuah lalu saya minta bantuan seorang rakan melukis potret Hang Tuah berdasarkan cerita saya,” katanya.

Gambar Tunang Farid Kamil Dan Diana Danielle

Gambar Tunang Farid kamil Dan Diana Danielle. Tahniah buat Farid Kamil Dan Diana Danielle dilaporkan sudah Bertunang Pada 2 September 2012. Menurut laporan, tiada gambar pertunangan Farid Kamil kerana majlis pertunangan diadakan secara rahsia tanpa undangan media mahupun rakan artis. 
Gambar pertunangan Diana Danielle dan Farid kamil

Majlis ni juga turut diadakan secara kecil kecilan memandangkan ianya hanya satu majlis mengikat tali pertunangan sahaja. Majlis berlangsung sekitar pukul 4 petang dimana Diana menerima sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibu Farid sebagai tanda dia sudah ‘diikat’ oleh lelaki itu. 

Ibu Diana, Norsiah Ramli berkata, majlis tersebut sudahpun dirancang sejak sebulan yang lalu dan bersyukur segala perancangan berjalan dengan lancar. Tambah Norsiah, dia tiada niat mahu menyimpan rahsia kepada umum mengenai pertunangan tersebut, cuba keputusan itu dibuat atas kehendak anak dan bakal menantunya itu. “Saya tak berniat untuk merahsiakannya daripada sesiapa, Semua itu kehendak Farid dan Diana. “Malah tiada rakan artis pun yang diundang. Lagipun ia hanya sebuah majlis pertunangan saja, kami pun buat seringkas yang boleh,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, Diana yang anggun mengenakan baju kurung corak songket pancawarna dengan tatarias jurusolek Chot menerima tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas lima dulang. Antara hantaran yang diberi termasuklah senaskhah Al-Quran, pakaian dan kasut.

4 Gambar Tatu Julia Perez Dibadannya Kalimah Azan "Hayya 'alal Falaah"

Gambar Tatu Julia Perez Dibadannya Kalimah Azan "Hayya 'alal Falaah". Tatu Julia Perez? Julia Perez buat tatu dibadannya? hish apa nak jadi dengan Julia Perez ni, baru je tunaikan umrah dah bertatu bagai, permanent ke tak?


 Julia Perez atau lebih akrab dipanggil Jupe dilihat telah mempamerkan saat menghadiri acara DahSyat di studio RCTI, Kebon Jeruk, Jakarta Barat, pada Isnin (3/9/2012). Dibalut baju yang bermodel kemben, Jupe pamer tato baru yang bertuliskan huruf Arab di belakangnya. Demikian dipetik dari Detik Foto.

Bukan main-main, tato rangkaian huruf Arab tersebut adalah kaligrafi lafaz azan yang selalu dikumandangkan oleh kaum Muslimin saban hari lima kali. Yakni kalimat حي علي الفلاح "Hayya 'alal Falaah". Selain haram menurut syariat, tato tubuh yang Jupe lakukan tersebut boleh disabit Undang-Undang no 1/PNPS/1965 tentang Penyalahgunaan dan atau Penodaan Agama.

Beberapa waktu yang lalu Julia Perez sempat melaksanakan ibadah umrah ke Tanah Suci dan berjanji akan tampil lebih tertutup dan sopan. Namun, ternyata janjinya itu tidak ditepati hingga kini.

Lagi Gambar Tatu Julia Perez Dibadannya Kalimah Azan "Hayya 'alal Falaah"

kredit gambar: detikfoto

Wanita Turki tembak alat sulit, penggal kepala perogol

Wanita Turki tembak alat sulit, penggal kepala perogol. Berani betul wanita Turki ni, Lady memang tabik spring lah tapi sekarang wanita ni dibicarakan adakah beliau akan dibicarakan? Sile baca dengan gigih berita yang panjang ni 

 Nevin (gambar kanan, atas) menembak dan memeggal Nurettin yang merogolnya selama lapan bulan. Foto utama menunjukkan kepala Nurettin (dibulatkan). 

SEORANG wanita Turki sedang menunggu perbicaraannya selepas dia ditahan kerana memenggal kepala seorang lelaki yang dikatakan merogolnya berulang kali selama lapan bulan. Wanita berkenaan membunuh lelaki itu demi maruah diri, kata peguamnya. Nevin Yildirim, 26, ibu kepada dua cahaya mata, tinggal di sebuah kampung kecil di barat daya Turki. 

 Menurut sumber yang dekat dengan kes, lelaki durjana itu, Nurettin Gider dikatakan mula menyerang wanita itu beberapa hari selepas suaminya meninggalkannya pada Januari lalu untuk bekerja di bandar lain. Tambah sumber itu, Nurettin telah mengancam Nevin dengan pistol dan mengugut akan membunuh anak-anaknya yang berumur dua dan enam tahun jika dia bising. 

 “Selepas itu, itu adalah pertama kali Nevin dirogol dan kemudiannya perbuatan itu terus berulang selama lapan bulan. “Pada satu ketika, Nevin berkata, Nurettin menyelinap ke dalam rumahnya ketika dia sedang tidur dan mengambil gambar dia dan salah sekeping gambar itu menunjukkan badannya yang sedang berbadan dua. “Lebih kejam, Nurettin mengugut untuk menyiarkan gambar jika dia tidak taat kepadanya,” kata sumber itu lagi. 

Di kampung-kampung kecil di negara itu, harga diri seorang wanita adalah segala-galanya dan penghormatan itu menjadi beban kepada keluarga mereka. Sementara itu, gambaran buruk yang berlaku ke atas Nevin, boleh mendatangkan bahaya kepada keluarganya. Pada 28 Ogos lalu, ketika sedang sarat mengandung lima bulan, Nevin akhirnya memutuskan untuk menghentikan tindakan lelaki itu dari terus merogolnya. Ketika Nurettin memanjat dinding belakang rumahnya, "saya tahu dia akan rogol saya lagi," katanya pada pendengaran awal pada 30 Ogos lalu. Nevin berkata, ketika itu, dia mengambil senapang bapa mertuanya yang tergantung di dinding dan menembaknya. Nurettin bagaimanapun cuba merampas senapang itu tetapi gagal dan Nevin ‘menghadiahkan’ sedas lagi tembakan. 

 "Saya mengejar dia," katanya. "Dia jatuh di atas tanah dan mula mengerang kesakitan. Saya kemudiannya menembak organ seksualnya dan lelaki itu terus diam. “Saya tahu dia telah mati dan kemudian memotong kepalanya," katanya. Saksi kejadian berkata, Nevin berjalan ke sekeliling kampung membawa kepala lelaki itu sambil menggenggam rambutnya. "Jangan bercakap di belakang saya, jangan bermain dengan penghormatan saya. "Ini ialah kepala manusia yang bermain dengan penghormatan saya," katanya kepada seorang lelaki yang duduk di sebuah kedai kopi. 

 Nevin kemudiannya melemparkan kepala Nurettin ke tanah, kata saksi. Tidak lama kemudian, jurukamera dari agensi penyiar Turki, DHA yang tiba di tempat kejadian sebelum pihak berkuasa, berjaya merakamkan kepala Nurettin di atas tanah. Selepas kejadian itu, pihak berkuasa memanggil saksi untuk membantu siasatan dan wanita itu ditangkap. Nurettin, 35, merupakan bapa kepada dua anak yang berusia sembilan dan 15 tahun. Dia telah berkahwin dengan ibu saudara suami Nevin. 

 Menurut sumber, ketika diadili, Nevin memberitahu dia menyesali apa yang berlaku. "Pada mulanya saya ada terfikir untuk melaporkan kejadian yang menimpanya kepada pihak polis ataupun peguam daerah, tetapi saya tidak mahu dikatakan sebagai perempuan murahan. "Daripada saya mendapat reputasi yang buruk, saya telah membuat keputusan untuk membersihkan maruah diri saya dan membunuhnya. “Saya juga terfikir untuk membunuh diri tetapi saya tidak tergamak melakukannya,” kata Nevin yang bimbang orang ramai akan menghakimi anak-anaknya atas apa yang berlaku. "Sekarang tiada siapa yang boleh memanggil anak-anak saya haram. "Saya telah membersihkan penghormatan saya. Semua orang akan memanggil anak-anak saya sebagai ‘anak-anak wanita yang dibersihkan maruahnya,” katanya. 

 Tambah sumber itu lagi, Nevin telah pergi ke sebuah klinik kesihatan untuk melakukan pengguguran, tetapi jururawat memberitahunya adalah mustahil untuk meneruskan hasratnya itu kerana dia sudah 14 minggu hamil. Pemerhati Hak Asasi Manusia berkata, di Turki, pengguguran dibenarkan hanya semasa 10 minggu pertama kehamilan dan selain itu pengguguran hanya dibenarkan untuk kes-kes untuk menyelamatkan nyawa atau kesihatan ibu atau dalam kes-kes kerosakan janin sahaja. Sewaktu kes Nevin dibicarakan, dia mengakui tidak mahu menjaga bayi itu dan lebih rela mati. Pejabat pendakwa raya telah mengarahkan pemeriksaan perubatan dijalankan ke atasnya untuk mematikan sama ada Nevin pernah membuat pengguguran yang mungkin mengganggu kestabilan mentalnya, kata sumber itu. 

 Bapa Nevin, Zekeriya Yildiz berkata, DNA anak perempuannya menunjukkan tidak ada elemen sumbang muhrim di kalangan keluarganya. "Jika dia ada memberitahu kami, kita akan mengambil langkah berjaga-jaga lain," katanya. Sementara itu, Nevin kini ditempatkan di penjara tempatan sementara menanti hari perbicaraan. Dalam satu laporan tahun lepas, kumpulan pemerhati Hak Asasi Manusia menjelaskan bahawa terdapat jurang dalam undang-undang Turki di mana gadis dan wanita tidak dilindungi daripada penderaan domestik. 

 Mereka mendapati, kira-kira 42 peratus wanita yang berusia lebih 15 tahun tinggal di bandar dan 47 peratus wanita berada di luar bandar dilaporkan mengalami keganasan fizikal atau seksual sama ada oleh suami atau pasangan mereka. “Dia telah hidup dalam trauma yang sangat dahsyat. “Dia mesti didakwa kerana mempertahankan diri," kata ahli sosiologi di Universiti Akdeniz dan ahli Organisasi Sokongan Wanita Antalya, Gursel Oztunali Kayir.

Julia Perez Cerita Pengalaman Tunai Umrah, Dakwa Hijab Terbuka Depan Kaabah

Julia Perez Cerita Pengalaman Tunai Umrah, Dakwa Hijab Terbuka Depan Kaabah. Cukup bertuah Julia Perez diberi kesempatan menjejak rumah-Nya. Tapi lihat kepada pakaian Jupe ni, masyallah lady tak tahu nak cakap apa. Menurut laporan laman Kapanlagi.com, Jupe sudah selesai menunaikan umrah. Alhamdulillah. Namun disebalik cerita enak itu, ada juga tersembunyi khabar yang kurang enak tetapi agak menarik yang diakui sendiri oleh Jupe. 

Selama sembilan hari menunaikan Umrah, beliau berhasrat untuk mencium Hajaratul Aswad dan itu dinyatakan sendiri dalam sidang akhbar menyambut kepulangannya dari Tanah Suci. 

 “Hari pertama saya bisa menyentuh Kaabah dan dalam hati saya berkata, “Ya Allah, aku sangat beruntung kerana dapat menjejakkan kaki ke sini, lalu saya berniat mahu mencium Hajar Aswad.” “Pada hari ketiga, saya berjaya mencium Hajar Aswad namun ketika mencium batu hitam yang terletak di sebelah tenggara Kaabah itu, hijab saya terbuka gara-gara ditarik oleh seorang wanita. Semuanya terlepas.” 

Komen kami? Lihat sahaja lah pakaian Jupe ketika menunaikan umrah, itu baru terbuka hijab di dunia, kalau lain? Wallahualam

Alat Sulit Tercucuk Ranting Kayu 13cm (Gambar)

Alat Sulit Tercucuk Ranting Kayu 13cm. Tak dapat lady nak  bayangkan bagaimana sakitnya apabila kemaluan tercucuk ranting kayu sepanjang 13 cm!Seorang lelaki terpaksa mengharungi detik cukup menyakitkan apabila kemaluannya tercucuk sebatang ranting kayu kering sepanjang 13 sentimeter di sebuah ladang kelapa sawit di Bakun dekat sini kelmarin. 

 Mangsa, seorang warganegara Indonesia yang masih belum dikenal pasti identitinya, terpaksa menahan kesakitan selama tiga jam sebelum doktor di Hospital Miri berjaya menarik keluar serpihan kayu daripada kemaluannya. Difahamkan, doktor mengambil masa sejam untuk mengeluarkan ranting kayu daripada kemaluan lelaki berusia 24 tahun itu dalam pembedahan yang rumit. 

 Sementara itu, rakannya yang enggan dikenali berkata, dalam kejadian pukul 11.30 pagi, mangsa sedang memotong rumput di kawasan ladang sawit berkenaan sebelum dia tergelincir jatuh ke dalam sebuah gaung sedalam kira-kira 10 meter. Akibatnya, kemaluannya tercucuk ranting kayu berkenaan menyebabkan mangsa meraung kesakitan. Jeritan mangsa itu didengari rakan-rakan sekerja. 

 Mereka kemudian terus bergegas ke lokasi terbabit sebelum mengusung mangsa keluar untuk dibawa ke Klinik Kesihatan Batu Niah. “Bagaimanapun, mangsa terpaksa dipindahkan ke Hospital Miri memandangkan kekurangan kemudahan selain ketiadaan doktor di klinik berkenaan. “Nasib baik, kemaluan kawan saya dapat diselamatkan kerana pada masa itu dia hampir berputus asa akibat tidak dapat menahan kesakitan yang teramat sangat,” ujarnya.