HALLU...LADY RANGGI HERE!

Monday, September 3, 2012

Diana Danielle-Farid Bertunang, Kahwin Tahun Depan

Diana Danielle-Farid Bertunang, Kahwin Tahun Depan. Tahniah buat pasangan yang sama cantik sama kacak yang dah pun bertunang. Pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil telah mengikat tali pertunangan pada Ahad lalu di kediaman aktres itu di Damansara, selepas menyulam cinta selama tiga tahun.  

Diana Danielle bertunang dengan Farid Kamil

Ibu Diana, Norsiah Ramli berkata, majlis tersebut sudahpun dirancang sejak sebulan yang lalu dan bersyukur segala perancangan berjalan dengan lancar. "Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Sebagai ibu, tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat anaknya bahagia."Saya tak berniat untuk merahsiakannya daripada sesiapa, Semua itu kehendak Farid dan Diana."Malah tiada rakan artis pun yang diundang. Lagipun ia hanya sebuah majlis pertunangan saja, kami pun buat seringkas yang boleh," ujarnya.
Farid Kamil bertunang Diana Danielle

 Farid Kamil "Harap-harap pertunanagan ini kekal sehingga ke jenjang pelamin dan Farid dapat menjaga Diana dengan baik," katanya. 

 Pada majlis tersebut, Diana yang anggun mengenakan baju kurung corak songket pancawarna dengan tatarias jurusolek Chot menerima tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas lima dulang. Antara hantaran yang diberi termasuklah senaskhah Al-Quran, pakaian dan kasut. 

 Sementara itu, Norsiah memberitahu, tarikh perkahwinan Diana dan Farid masih lagi belum ditetapkan, tetapi pertunangan mereka akan diikat selama setahun sahaja. Sebelum ini Diana dan Farid dikatakan putus cinta, namun hubungan itu disambung selepas beberapa bulan.

0 comments:

Post a Comment