HALLU...LADY RANGGI HERE!

Sunday, September 2, 2012

Legoland Malaysia Dibuka 15 September Ini!

Legoland Malaysia Dibuka 15 September Ini! Legoland malaysia adalah taman tema terbaru yang korang patut lawati. Lady pun rasa teruja sangat nak ke legoland ni. Lepasni tak perlulah pergi ke oversea untuk melihat Legoland Theme Park!


Taman Tema Legoland Malaysia di Johor Bahru, Johor.

 JOHOR BAHRU - Taman tema terbaru, Legoland Malaysia di Nusajaya kini dalam peringkat percubaan tahap terakhir membabitkan semua permainan dan perkhidmatan yang ditawarkan sebelum ia dibuka kepada umum pada 15 September ini. Ia bertujuan memastikan kesemua fasiliti yang terdapat di taman tema berkenaan dapat beroperasi dengan baik dan selamat. 

Pengarah Jualan dan Pemasaran Legoland Malaysia, Thila Munusamy berkata, bagaimanapun syarikat pengurusan menjemput beberapa pihak seperti media dan ahli keluarga pengurusan merasai dulu keriangan di taman tema tersebut bagi mendapatkan maklum balas terhadap persediaan sebelum dibuka. 

 "Percubaan terakhir ini juga merupakan latihan secara langsung kepada kakitangan di taman tema itu. "Kami menyasarkan seramai mungkin pengunjung pada hari pembukaan rasmi nanti," katanya kepada pemberita semasa lawatan khas media dan ahli keluarga pengurusan ke Legoland Malaysia di sini semalam.

0 comments:

Post a Comment